Selamat Datang ke blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling Smk Hillcrest, kedatangan anda dialu-alukan di sini. Semoga ilmu disini berguna untuk anda. Terima kasih .

Hala tuju selepas PMR

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Menengah Teknik / Vokasional (SMT/SMV)
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Kemahiran
  • Kolej Vokasional
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Maktab Tentera Diraja (RMC)
Sekolah Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut di laman web , www.moe.gov.my

Objektif perkhidmatan

  • Membimbing para pelajar ke arah pembentukan personaliti yang sihat, berteraskan diri positif serta bertanggungjawab terhadap agama, diri , keluarga, masyarakat, sekolah, bangsa dan negara.

    • Membimbing para pelajar agar berupaya menghadapi realiti dalam kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan .
    • Membimbing para pelajar agar dapat menunjukkan prestasi yang cemarlang dalam semua aspek kehidupan.
    • Membina sikap, nilai dan matlamat hidup yang lebih bermakna.
    • Membentuk sikap berani dan yakin kepada kebolehan diri dan memahami kehendak orang lain.

    Apakah itu PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING ?

    kaunseling secara individu

    Ia adalah pertemuan bersemuka secara dua hala, yakni di antara klien dengan GBKSM. Ia merupakan satu aspek daripada perkhidmatan bimbingan yang diadakan di sekolah-sekolah. Tujannya demi membantu para pelajar memahami diri dan situasi sekeliling sehingga mereka mampu mengatasi masalah yang dihadapi sendiri, di samping mempertingkatkan prestasi dalam perhubungan, pelajaran, peribadi, emosi ,kerjaya dan lain-lain.

    PERMOHONAN RAYUAN BAGI KATEGORI : (DIPLOMA / SETARAF)


    SEBELUM
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • e-Rayuan hanya dibuka kepada calon yang telah mengemukakan permohonan tetapi GAGAL mendapat sebarang tempat.
    • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
    • Pastikan anda telah menyemak Syarat Khas Program sebelum mengemukan 'PERMOHONAN'.
      (KLIK DI SINI)
    SEMASA
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan teliti dan tepat
    • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
    • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi memastikan borang selamat diterima oleh sistem.
    SELEPAS
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
    • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskiniborang permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 24 JULAI 2011.
    • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.
    • Jika selepas 3 minggu hebahan rayuan dan masih tiada jawapan diterima, rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

    PERMOHONAN RAYUAN BAGI KATEGORI : (LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM)


    SEBELUM
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • e-Rayuan hanya dibuka kepada calon yang telah mengemukakan permohonan tetapi GAGAL mendapat sebarang tempat.
    • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
    • Pastikan anda telah menyemak Syarat Khas Program sebelum mengemukan 'PERMOHONAN'.
      (KLIK DI SINI)
    SEMASA
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan teliti dan tepat
    • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
    • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi memastikan borang selamat diterima oleh sistem.
    SELEPAS
    MEMBUAT PERMOHONAN
    • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
    • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskiniborang permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 24 JULAI 2011.
    • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.
    • Jika selepas 3 minggu hebahan rayuan dan masih tiada jawapan diterima, rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

    DASAR RAYUAN



    1. Hanya CALON GAGAL mendapat tawaran IPTA sahaja yang boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan yang diselaraskan oleh BPKP JPT dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

    2. Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya ke Matrikulasi KPM dan yang telah MENDAFTAR dengan MATRIKULASI KPM, boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-endcalon yang telah berdaftar dengan BMKPM diselaraskan dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.

    Kategori Permohonan


    1.
    STPM (Kategori A,S) 
    Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM Tahun 2010 sahaja.
    • Kategori A – Aliran Sastera Calon STPM 2010
    • Kategori S – Aliran Sains Calon STPM 2010
    Lepasan Matrikulasi  (Kategori P, N, U, L,K,J)
    Pelajar Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi UiTM Sesi 2010/2011 seperti pecahan berikut:-
    • Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
    • Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
    • Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
    • Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
    • Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
    • Kategori J - Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
    2. 
    Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
    • Kategori E - Aliran Sastera
    • Kategori F - Aliran Sains
    1. Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau
    2. Lulusan STP/HSC/STPM Tahun 2009 atau sebelumnya atau
    3. Lulusan Matrikulasi tahun 2009 dan sebelumnya atau
    4. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya atau
    5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau
    6. Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) atau Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau
    7. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau
    8. Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.


    3.
    Lepasan STAM 
    Pelajar Lepasan STAM tahun 2010 atau 2009 sahaja.
     

    *
    Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.

    **Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA.

    Kategori Permohonan


    1.
    Kategori APemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2010 sahaja.
    2.
    Kategori B
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau 2009.
    3.
    Kategori C
    Kategori ini terdiri dari pelajar yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
    4.
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.

    Syarat-syarat am bagi permohonan ke IPTA


    Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :-
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.
    dan
    Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.
    dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
    atau
    Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
    atau
    Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.
    atau
    Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
    atau
    Lulus peperiksaan STPM Tahun 2009 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00  
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    Syarat-syarat am bagi permohonan ke IPTA


    Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-
    • Warganegara Malaysia dan
    • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
    Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
    • Semua program Asasi di UIAM;
    • Semua program Asasi Sains di UM;
    • Semua program pengajian di UiTM; dan
    • Semua program Asasi di UNIMAS