Selamat Datang ke blog Unit Bimbingan Dan Kaunseling Smk Hillcrest, kedatangan anda dialu-alukan di sini. Semoga ilmu disini berguna untuk anda. Terima kasih .

Hala tuju selepas PMR

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Menengah Teknik / Vokasional (SMT/SMV)
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Kemahiran
  • Kolej Vokasional
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Maktab Tentera Diraja (RMC)
Sekolah Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut di laman web , www.moe.gov.my

Objektif perkhidmatan

  • Membimbing para pelajar ke arah pembentukan personaliti yang sihat, berteraskan diri positif serta bertanggungjawab terhadap agama, diri , keluarga, masyarakat, sekolah, bangsa dan negara.

    • Membimbing para pelajar agar berupaya menghadapi realiti dalam kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan .
    • Membimbing para pelajar agar dapat menunjukkan prestasi yang cemarlang dalam semua aspek kehidupan.
    • Membina sikap, nilai dan matlamat hidup yang lebih bermakna.
    • Membentuk sikap berani dan yakin kepada kebolehan diri dan memahami kehendak orang lain.

    Apakah itu PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING ?

    kaunseling secara individu

    Ia adalah pertemuan bersemuka secara dua hala, yakni di antara klien dengan GBKSM. Ia merupakan satu aspek daripada perkhidmatan bimbingan yang diadakan di sekolah-sekolah. Tujannya demi membantu para pelajar memahami diri dan situasi sekeliling sehingga mereka mampu mengatasi masalah yang dihadapi sendiri, di samping mempertingkatkan prestasi dalam perhubungan, pelajaran, peribadi, emosi ,kerjaya dan lain-lain.